TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Wednesday, October 7, 2015

Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi & 8 Makanan Yang Mampu Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.


Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3.Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.Jangan merokok : Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
-Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

7.Jangan leka : Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


 8 Makanan Yang Mampu Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

1.   Susu Skim
–   Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!

2.   Bayam
–   Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah. Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!

3.   Kuaci
–   Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat! Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!

4.   Kekacang
–   Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda. P/s: Ianya menjimatkan!

5.   Ubi Kentang
–   Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6.   Pisang
Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda! Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!

7.   Kacang Soya
Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri! Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!

8.   Coklat Gelap
–   Hooray untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.


Sumber :www.kevinzahri.com
www.drhidayat.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...