TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Sunday, December 20, 2015

Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang, Kedah


'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). Terletak di Simpang empat trafic light (Hadapan Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang). Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang ini mula dibuka pada hari Rabu 16 Disember 2015 yang lalu. 


KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA KUALA NERANG
Tingkat Bawah, Lot HS (D) PT 26,
Bangunan Majlis Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman




Peta Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...